Bagaimanakah saya boleh mengenal pasti mesej SMS gov.sg yang sah?
Terdapat beberapa penunjuk utama yang boleh membantu anda mengenal pasti SMS gov.sg yang sah:
SMS akan menunjukkan gov.sg sebagai ID Pengirim, dengan semua huruf dalam huruf kecil.
SMS akan bermula dengan nama penuh agensi pemerintah atau perkhidmatan yang menghantar mesej (contohnya, Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan, atau Singpass)
SMS akan berakhir dengan pengaki seragam 'Ini adalah mesej automatik yang dihantar oleh Pemerintah Singapura'.
Tambahan pula, semua SMS gov.sg akan dipapar satu demi satu dalam satu perbualan, bukannya dalam perbualan yang berasingan.
Jika mana-mana penunjuk ini tiada, sila laporkan mesej dengan segera menggunakan borang ini: https://go.gov.sg/report-sms