Adakah terdapat sebarang pengecualian untuk inisiatif ini? Bolehkah saya menerima SMS daripada mana-mana agensi pemerintah yang tidak akan datang daripada ID Pengirim gov.sg?
Semua agensi pemerintah, kementerian, lembaga berkanun dan perkhidmatan pemerintah adalah sebahagian daripada langkah ini dan akan menghantar mesej SMS daripada ID Pengirim SMS gov.sg selewat-lewatnya pada 1 Julai 2024. Walau bagaimanapun, pengecualian terhad untuk penggunaan ID Pengirim SMS gov.sg akan dibuat untuk urusan Perkhidmatan Negara dan perkhidmatan kecemasan.
Senarai pengecualian ini juga disiarkan pada halaman ini
Senarai pengecualian terhad disertakan dalam jadual di bawah ini:
Agensi Pemerintah | Jenis SMS | ID Pengirim SMS yang Digunakan |
|---|---|---|
Kementerian Pertahanan (MINDEF) | Komunikasi dua hala untuk urusan Perkhidmatan Negara, termasuk panggilan, latihan dan kerahan. | 72255 |
Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) | Komunikasi dua hala untuk individu yang pekak, bisu atau mengalami masalah pertuturan untuk melaporkan kes kepada SCDF/SPF. | 71999 70995 |
Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) | SPAS (Sistem amaran awam berasaskan SMS): Komunikasi sehala dalam kawasan bersempadan sahaja, dalam kes kecemasan (contohnya, kebakaran, bencana alam…) | MHAalert |
Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) | Komunikasi sehala untuk MHA (melalui Portal NS MHA) untuk mengingatkan Anggota Perkhidmatan Negara supaya membalas panggilan ICT mereka dan memaklumkan bahawa mereka perlu menghadiri latihan IPPT/NSFIT. | MHA NS |
Pasukan Polis Singapura (SPF) dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) | Komunikasi sehala yang dicetuskan oleh pemanggil yang telah memberikan persetujuan mereka untuk menerima pautan sistem video kecemasan bagi membolehkan akses kepada kamera telefon mereka dengan tujuan memberikan SCDF/SPF siaran video langsung kejadian semasa panggilan kecemasan sedang berlangsung. | POLICE 999 SCDF 995 |
Pasukan Polis Singapura (SPF) dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) | Bagi panggilan NS dan pengaktifan kerahan SCDF. | 80709999 91449746 |
Pasukan Polis Singapura (SPF) | Komunikasi sehala di mana pemanggil ke talian bantuan polis akan menerima SMS tentang cara mengakses khidmat polis yang mereka perlukan. | 71000 |