Saya akan ke luar negara. Adakah saya masih akan menerima SMS daripada gov.sg?
Anda akan menerima mesej SMS selagi nombor telefon bimbit anda didaftarkan dengan mana-mana agensi, kementerian, lembaga berkanun dan perkhidmatan Pemerintah Singapura masing-masing. Anda mungkin menerima SMS daripada gov.sg atau ID Pengirim lain, bergantung pada negara tempat anda berada.
*SMS mungkin diterima sebagai gov.sg atau ID Pengirim lain, bergantung pada negara di mana ia dihantar.
Nombor berdaftar dengan agensi/perkhidmatan Pemerintah Singapura? | Nombor berdaftar dengan syarikat telekomunikasi Singapura? | Lokasi fizikal anda | Adakah anda akan menerima SMS daripada pemerintah Singapura? | Adakah anda akan menerima SMS daripada ID Pengirim “gov.sg”? |
|---|---|---|---|---|
Ya | Ya | Di dalam SG | Ya | Ya |
Ya | Ya | Di luar SG | Ya | Mungkin* |
Ya | Tidak | Di dalam SG | Ya | Mungkin* |
Ya | Tidak | Di luar SG | Ya | Mungkin* |